Salam sejahtera kepada semua,

Saya bukan pentadbir sistem SPPU tetapi saya hanyalah penyelaras SPIN bagi PPUKM. Pentadbir SPPU adalah Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UKM . Selama ini saya hanya sekadar memanjangkan emel mengenai SPPU yang saya terima dari pentadbiran PPUKM kepada semua kakitangan akademik PPUKM.

Namun begitu saya ada menerima emel dari para pensyarah yang keliru tentang apa yang patut mereka lakukan berkaitan dengan SPPU sebelum 10 Ogos 2010 ini.

Post ini bertujuan untuk menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh SEMUA kakitangan akademik PPUKM berkaitan dengan perkara tersebut. Apa yang tertera adalah modifikasi dari emel yang dihantar oleh PM Dr Aniza Ismail kepada ahli jabatan JKM.

1) Melibatkan semua pensyarah PPUKM (tidak kisah pentadbir atau tidak)

  • Mohon guna browser anda dan buka sistem SPPU di http://www.ukm.my/sppu/ dan login menggunakan katalaluan eWarga anda.
  • Klik pada menu “Profil Individu” dan pilih “Input Wajaran dan Kemasukan SKT” (rujuk imej di bawah).

    menu sppu

    menu sppu

  • Skrol ke bawah ke bahagian D, “Wajaran Akademik”. Sila semak pecahan kategori supaya jumlahnya 100%. Untuk pecahan pentadbir sebagai penyelaras program dsb memang ditetapkan sebanyak 15%.

    wajaran-akademik

    wajaran-akademik

  • Sekiranya jumlah pecahan melebihi 100% disebabkan oleh sumbangan jawatan pentadbir, maka perlu diubah pada kategori pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan. Terserah kepada penilai pertama anda untuk menerima atau menolak tetapan anda.
  • Apabila selesai, klik pada butang “Kemaskini Wajaran”.
  • Selepas itu klik pada butang “Perakuan dan Pos kepada Fakulti”.
  • Jika berjaya, status yang sebelum ini tertera sebagai “tidak diperakukan” akan bertukar kepada “Status: Telah Peraku” pada jawatan hakiki dan jawatan pentadbir.

Bagi bukan pentadbir, tugas anda selesai di sini dan anda boleh log keluar dari SPPU.

2. Untuk pensyarah yang turut memegang jawatan pentadbiran

  • Untuk para pentadbir, pihak urusetia SPPU UKM akan mengaktifkan bahagian kemasukan SKT pentadbir di bahagian E, “Sasaran Kerja Tahunan (SKT)”.
  • Namun begitu tidak semua jawatan pentadbiran para pensyarah disenaraikan. Contohnya saya adalah penyelaras Sarjana Sains Perubatan (SSP) JKM, tetapi ini tidak tertera langsung dalam SPPU saya. Hanya jawatan penyelaras e-Learning SPIN saya tertera untuk kemasukan SKT. Sebaliknya Dr Rosnah Sutan yang merupakan penyelaras program DRPH JKM, tertera jawatan pentadbirannya sebagai “Penyelaras Program PPUKM” dalam bahagian D SPPU beliau tetapi tiada ruang untuk kemasukan SKT pentadbir di bahagian E, “Sasaran Kerja Tahunan (SKT)”.

    bhg_e_skt

    bhg_e_skt

  • Jika ada, klik pada jawatan pentadbiran anda dan kemudian masukkan maklumat yg berkaitan jawatan pentadbiran anda di bahagian A, “Kemasukan Maklumat SKT oleh Pegawai Dinilai”.

    skt_pentadbir

    skt_pentadbir

  • Apabila selesai, klik pada butang “Kemaskini”.
  • Selepas itu klik pada butang “Perakuan dan Pos Kepada Penilai”.

Tugas anda selesai di sini dan anda boleh log keluar dari SPPU.

Semoga ini dapat membantu semua pihak.

Azmi Mohd Tamil
Penyelaras SPIN PPUKM

Advertisements